usah simpan tekanan anda, luahkanlah dengan cara yang betul agar anda tidak dilanda kemurungan. remaja hakikatnya antara golongan yang sentiasa diuji dengan cabaran yang akhirnya turut mandorong kepada tekanan. selain masalah percintaan atau perhubungan remaja, golongan muda mudah tertekan bila berdepan musim peperiksaan atau masalah personaliti diri. persoalannya adakah tekanan wajar diluahkan atau lebih baik disimpan untuk mengelakkan ia diketahui orang?
jom ikuti tips yang boleh diamalkan remaja bagi mengurangkan tekanan dalam kehidupan seharian
a) tidur yang mencukupi
tidur yang mencukupi dapat merehatkan badan serta otak. kajian menunjukkan seseorang yang tidur tiga hingga empat jam kurang daripada kadarnya yang biasa akan mengalami tekanan.
b) berwudhuk (bagi yang beragama islam)
jiwa kita akan menjadi tenang jika kita membiasakan diri dengan mengambil wudhuk sebelum melakukan sesuatu pekerjaan. para pelajar disarankan membiasakan iri mengambil wudhuk sebelum mengulangkaji pelajaran agar lebih tenang semasa sesi ulang kaji.
c) lakukan kegiatan luar seperti bersukan
badan yang cerdas akan membentuk otak yang cergas. segala tekanan dapat dilepaskan apabila kita melakukan aktiviti-aktiviti luar yang dapat menyihatkan tubuh badan seperti bersukan. situasi ini akan lebih menggembirakan jika kita meluangkan masa membawa keluarga pergi beriadah.
d) amalkan diet
pemakanan yang tidak terkawal akan menyebabkan kegemukan dan menimbulkan penyakit kronik lain seperti lemah jantung, darah tinggi, kencing manis dan darah tinggi.
e) menangis sepuas hati
tekanan yang dihadapi dapat diredakan melalui luahan hati. biasakan dengan menzahirkan masalah anda di atas kertas atau meluahkannya kepada rakan karib anda. jika anda menangis, lakukan sahaja. menangislah sepuas-puasnya tapi anda perlu tahu bila masa terbaik untuk berhenti.
f) tingkat keyakinan diri
apabila mempunyai keyakinan diri, maka kita tidak akan mempunyai masalah untuk melakukan sesuatu pekerjaan yang disuruh biarpun ia susah. kita perlu positif dengan setiap arahan dan perubahan agar ia tidak memberikan impak negatif pada emosi kita. apa yang penting kita mesti menghargai kebolehan diri dan memulakan hidup dengan lebih ceria.
g) cintai diri sendiri
'cintailah diri sendiri sebelum kamu mencintai diri orang lain'. dari sini barulah kita akan lebih menghargai diri sendiri dan mahu mencapai yang terbaik demi masa depan kita.
h) tarik nafas dalam-dalam
bila anda tiba-tiba rasa mahu marah atau diserang panik, tarik nafas dalam-dalam. lakukannya beberapa kali. apabila anda menyalurkan oksigen yang mencukupi ke otak, ia akan membantu anda berfikir dengan lebih wajar.
No comments:
Post a Comment